skip to main | skip to sidebar

WELCOME to PERMATA_UKM.

Thursday, April 5, 2012

Wajarkah PTPTN dihapuskan?

0 comment
Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, isu PTPTN kembali hangat dibincangkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Kita tidak menafikan peranan penting PTPTN dalam memberikan peluang kepada ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat varsiti. Namun, adalah malang apabila sistem PTPTN dicemari dengan amalan riba’.

Benar, untuk meletakkan hukum sama ada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN sebanyak 3% itu adalah riba’ atau tidak, kita perlu merujuk kepada pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Justeru, dengan merujuk kepada para ulama’ dan pakar ekonomi Islam, kita akan menemukan kepada jawapan bahawa caj perkhidmatan itu adalah riba’. Sila rujuk kepada artikel tulisan Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Haji Dusuki dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Malang sekali, ramai pihak masih gagal menanggapi riba’ sebagai satu kesalahan besar. Rujuklah para ustaz dan ulama’ dan kita akan menemukan hadis-hadis yang meletakkan kesalahan riba’ itu sebagai dosa yang sangat besar, sehingga diibaratkan dosa riba’ yang paling kecil sekalipun adalah setaraf dengan dosa berzina dengan ibu sendiri. Malah, dalam hadis yang lain Allah S.W.T. dan Rasulullah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba’! Bukankah itu hujah yang sangat jelas yang menggambarkan betapa beratnya dosa riba’ itu? Seandainya kita benar-benar memahami betapa besarnya kesalahan riba’ itu, maka pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar daripada apa-apa sistem yang melaksanakan riba’.

Soal pemabayaran balik wang pinjaman PTPTN semasa pengajian sememangnya amat tidak wajar. Praktis seperti itu hanya akan mendorong para pelajar untuk menjadi lebih materialistik, dan akhirnya mengurangkan fokus mereka kepada proses pembelajaran dan pendidikan yang sebenarnya merupakan tugas utama mereka. Mungkin benar, bahawa para pelajar pada hari ini sama ada bekerja atau tidak, memang tidak fokus kerana pelajar kekurangan sikap dan tabiat yang positif. Tetapi, tidak semua pelajar begitu! Juga, adakah hanya dengan alasan seperti itu kita ingin terus menggalakkan lagi para pelajar untuk tidak fokus kepada pengajian dan pendidikan? Kesempitan kewangan adalah antara faktor penting yang mendorong kepada berlakunya banyak jenayah. Apakah kita ingin menekan kehidupan para pelajar sehingga akhirnya mereka terpaksa mengambil jalan keluar mudah dengan melakukan jenayah?

Adalah tidak adil untuk saudari Normaliza menggunakan contoh pelajar yang belajar di luar negara sambil bekerja lalu mencapai kecemerlangan sebagai justifikasi untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah untuk pelajar bekerja dan mencapai kecemerlangan dalam masa yang sama. Perlu diingat ada banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum sesuatu kesimpulan itu dibuat. Sebagai contoh, pelajar yang sekadar bekerja mencuci tingkap universiti setiap pagi di United Kingdom sudah boleh mendapat gaji yang mencukupi untuk menampung kehidupannya setiap bulan, dan masih boleh membuat simpanan. Adakah peluang pekerjaan yang sebegitu mudah dengan gaji yang sebegitu lumayan wujud di negara kita? Itu belum lagi mengambil kira soal norma masyarakat serta soal galakan daripada pihak universiti dan kerajaan.

Tentang isu caj 1%, ini adalah isu riba’ yang dikenali sebagai sistem ujrah. Pihak PTPTN berpendapat bahawa 1 % tersebut adalah caj perkhidmatan yang dikenakan untuk membayar gaji pekerja, adakan ceramah PTPTN dan sebagainya. Tetapi kita sedia maklum 1 % caj tersebut akan meningkat setiap tahun. Jika si peminjam tidak mampu untuk membayar pada tahun pertama, pada tahun kedua, caj akan meningkat kepada 2%. Kita ketepikan soal kemampuan. Sama ada seseorang itu mampu atau tidak, bukan isunya kerana riba’ tidak mengambilkira sama ada seseorang itu mampu atau tidak membayar balik dengan tambahan caj. Sebab itu saya menulis di atas bahawa riba’ ini adalah satu dosa yang besar. Jangan dipandang enteng soal kesalahan riba’!

Kewujudan PTPTN itu sendiri adalah disebabkan oleh kos pengajian yang terlalu tinggi yang tidak mungkin mampu dibayar oleh ramai orang jika tidak ada bantuan. Soalnya, mengapakah perlu kos pengajian itu begitu tinggi? Kalau benarpun kos pengajian itu memang perlu tinggi untuk menampung gaji pensyarah, fasiliti dan sebagainya, mengapa tidak disubsidikan sahaja? Mengapa wang peruntukan untuk PTPTN itu digunakan sebagai pinjaman? Mengapa tidak sebagai subsidi? Adakah kerana kita tidak meletakkan pendidikan itu sebagai suatu yang penting? Kalau kita mampu membina menara berkembar Petronas yang terlampau tinggi itu, mengapa tidak kita menampung kos pendidikan? Kalau kita mampu membina kota Putrajaya yang begitu indah dan menelan belanja yang berbillion ringgit jumlahnya, mengapa tidak kita membayar kos pendidikan untuk pelajar kita? Adakah pembangunan fizikal itu jauh lebih penting daripada pembangunan insan? Sila kaji kos pendidikan serta bantuan kewangan yang ada di United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat. Kemudian, fikirkan dengan akal yang cerdik dan rasional!

Wednesday, December 14, 2011

Sunday, December 11, 2011

Rakyat Terengganu sambut kepulangan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah

0 comment

(info semasa)

Rakyat Terengganu sambut kepulangan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah

11/12/2011 7:34pm

KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Seramai 15,000 rakyat jelata dijangka membanjiri sepanjang jalan di bandar raya ini bagi menyambut keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah ke negeri ini esok.

Sambutan itu dibuat sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 esok.

Mereka yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga Institusi Pengajian Tinggi Awam, pelajar serta murid sekolah akan berada di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) hingga Istana Maziah di sini sejauh 16.2 kilometer.

Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Mohd Zahari Jannah berkata, sebaik tiba di LTSM, aturcara sambutan keberangkatan balik Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berlangsung tiga hari iaitu pada esok, Rabu dan Jumaat ini. Katanya Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah dijangka tiba di LTSM kira-kira pukul 2 petang dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dan akan disambut kira-kira 2,000 orang.

Sejurus tiba, baginda berdua akan disambut kerabat diraja, para pembesar dan kenamaan negeri diketuai Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

"Selepas tiba di LTSM, baginda berdua akan ke Istana Maziah untuk majlis Santapan Petang yang dijangka dihadiri kira-kira 300 orang tetamu sebelum berangkat balik ke Istana Nur Nadirah di sini,” katanya pada taklimat mengenai keberangkatan pulang baginda, di sini, hari ini.

Turut dijangka hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad yang bertindak sebagai pegawai pengiring dari ibu negara.

Beliau berkata, untuk aturcara pada Rabu ini, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat ke Istiadat Penghadapan di Istana Maziah kira-kira pukul 8.30 pagi yang dijangka dihadiri kira-kira 600 tetamu.

Manakala pada Jumaat pula, baginda Tuanku Mizan akan berangkat mencemar duli merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering (sebelum ini dikenali Masjid Diraja) kira-kira pukul 12 tengah hari.

-sumber media-

Thursday, December 8, 2011

Ayuh budayakan keilmuan

0 comment







Mahasiswa merupakan asey utama ke arah merealisasikan harapan negara,agama dan bangsa. Ke arah menjadi modal insan berkualiti, mahasiswa haruslah mempersiakan diri dalam segenap aspek.Bukan semata-mata di dalam dewan kuliah malahan emosi,jasmani,rohani juga.

Salurkan aduan anda!!

0 comment
Info berkaitan kebajikan Mahasiswa UKM dari PMUKM:
[PENGUMUMAN] Salurkan aduan anda !
Perhatian kepada rakan-rakan mahasiswa UKM yang dihormati.

Untuk memudahkan urusan rakan-rakan mahasiswa menyalurkan aduan-aduan berkenaan kemudahan awam di UKM, dengan ini kami lampirkan capaian ('link') untuk rakan-rakan membuat aduan secara terus.

- Aduan UKM-Jaring WiFi: http://www.jaring.my/ukm/index.cfm?cont=wifi_feedback
- Aduan Kerosakan (JPP)*: http://www.ukm.my/sak/sak02Aduan.cfm
*Aduan boleh dilakukan oleh kakitangan UKM sahaja
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) juga menyediakan Borang Aduan Kebajikan secara-talian (online) bagi sesiapa yang tidak berkesempatan bertemu dengan mana-mana MPP. Borang aduan tersebut boleh didapati di capaian berikut.
Dan tidak lupa, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) menyarankan rakan-rakan untuk membuat aduan melalui Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP) di capaian www.ukm.my/sadp.

Melalui SADP, rakan-rakan boleh melakukan sebarang aduan berkenaan pengurusan Hal-ehwal Pelajar, hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar, penyelewengan kewangan, rasuah dab juga penyalahgunaan kuasa.

Sebagai contohnya penipuan, pemalsuan dokumen, pemarkahan kursus yang tidak munasabah, sijil kelayakan, membocorkan dokumen rasmi seperti kertas soalan, membuat tuntutan palsu atau penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan peribadi.

Di dalam aduan tersebut, rakan-rakan diharapkan memberi maklumat lengkap terutama dari segi tarikh, masa, tempat dan orang yang terbabit perkara berikut perlu diambil perhatian. Aduan juga diharapkan bukan berbentuk hasad dengki tetapi lebih kepada kebajikan dan kepentingan organisasi.



Diharapkan dengan makluman dan informasi tersebut, rakan-rakan akan menggunakan kemudahan dalam-talian (online) yang terdapat di dalam UKM ini dengan sebaik-baiknya.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI
 

PERSATUAN MAHASISWA TERENGGANU Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger