Seseorang pernah berkata "Once a teacher, forever a teacher". Ada benarnya kata-kata ini kerana walau hanya sehari anda menjadi guru, sampai mati anak murid anda akan memanggil anda cikgu. Guru adalah pekerjaan yang mulia hingga ada membuat perumpamaan Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Orang Lain...
Kepada semua warga pendidik di luar sana khususnya pensyarah-pensyarah UKM,kami warga Permata UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru. Ramai orang menyayangi anda dan mengingati anda insyaAllah di dunia dan di akhirat. Semoga ilmu yang anda sampaikan akan memberi manfaat dan menjadi syafaat di akhirat. Amin.